Bilik Tayang ialah satu tempat di mana murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan yang berguna dan bermanafaat melalui audio visual dengan memperkenalkan mereka kepada sistem pembelajaran melalui TV Pendidikan dan Eduweb TV.
Selain daripada itu , Bilik Tayang juga memberi peluang kepada guru –guru untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan – kemudahan bantu mengajar seperti CDRI , penggunaan laptop dan lcd , serta video dan kaset .
Bilik Tayang juga dijadikan salah satu tempat untuk menyebarkan maklumat dan berita – berita terkini melalui program Radio Sekolah .
Dibawah Penyelarasnya , Puan Hasliyati Hassan , pelbagai program telah dirancang sepanjang tahun untuk memantapkan lagi penggunaan Bilik Tayang.
TUGAS PENYELARAS BILIK TAYANG
Merancang aktiviti tahunan
Merekod alat dalam Rekod Perolehan
disekolah.Penilaian ini perlu dibuat untuk mengetahui kekerapan penggunaan bahan.
Membuat rakam salin.
PERKHIDMATAN BILIK TAYANG
•Mengadakan tayangan mengikut program yamg telah diaturkan mengikut
tema yang telah ditetapkan.
• Menyediakan kemudahan kepada guru – guru seperti televisyen , radio ,
pemain video , dan cakera padat sebagai bahan bantu mengajar.
• Menyediakan sistem pembesar suara untuk perhimpunan setiap Isnin ,
majlis-majlis sekolah dan bagi program Radio Sekolah.
• Mengedarkan jadual penggunaan bilik kepada guru-guru.
• Mengedarkan maklumat bertulis kepada warga SKT mengenai program yang
Dijalankan dan menyampaikan maklumat berbentuk lisan melalui Program
Radio Sekolah.